Loceng Digital Automatik sekolah dilancarkan

Ahad, 27 Mac 2011

Bermula 22 Mac 2011 yang lepas, sekolah SK Hj Bujang Sebangan telah melancarkan penggunaan loceng digital untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang masa bermula 6.45 pagi sehingga 5 petang bermula hari Insin hingga Selasa. Penggunaan loceng berkenaan berfungsi menggunakan sebuah komputer dan disambungkan ke 'power amp' untuk menaikkan bunyi ke aras yang lebih tinggi.

        Program tersebut di laksanakan sepenuhnya oleh Penyelaras Bestari sekolah dengan kerjasama beberapa orang guru untuk membuka komputer dan menutup yang telah dikonfigurasi oleh GPB (Guru Penyelaras Bestari). GPM berharap dengan adanya sistem yang digunakan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melancarkan segala urusan.
Bagi sekolah yang berminat boleh menghubungi GPB untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila tinggalkan komen untuk maklumbalas dan email.

Pemandangan Bilik Guru dan Pejabat SKHBS 2011

Sabtu, 26 Mac 2011














Johan Mingguan Pertandingan Kelas 3K

Tahniah buat murid-murid dan guru kelas tahun 4. Berjaya mengekalkan kedudukan No 1 dalam pertandingan 3K antara kelas selama 3 minggu berturut-turut.



Naib Johan Tahun 6 untuk tiga minggu berturut-turut




Tempat Ke-3 untuk tiga minggu berturut-turut Tahun 5


Sekitar pemandangan kawasan sekolah 2011

Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Sebangan

 Gerbang msuk ke sekolah
 Kawasan kantin sekolah (Aktiviti RMT)
 Pemandangan dihadapan blok pentadbiran dan bilik guru.
 Pemandangan kawasan atas padang dan sekitar beranda sekolah
 Pandangan hadapan beranda dan persekitaran padang permainan.
 Lanskap
Pandangan antara bangunan dari beranda kelas.
Pandangan beranda kelas.

Sejarah sekolah 1949-2011

Rabu, 16 Mac 2011

SEJARAH SEKOLAH SK HJ BUJANG SEBANGAN
YBA8308
1949-2011

Sebangan adalah sebuah perkampungan nelayan persisiran pantai yang terletak di Muara Batang Sadong dalam Daerah Simunjan,Bahagian Samarahan.Sebangan terdiri daripada empat buah kampung iaitu Kampung Lutong,Kampung Sampat,Kampung Menek dan Kampung Sungai Arus Melayu.Di Kampung ini terdapat sebuah sekolah rendah ia itu Sekolah Rendah Kerajaan Hj Bujang Sebangan.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1949.Bangunan sekolah pertama telah didirikan hasil sumbangan penduduk kampung.Penubuhannya dalah atas kesedaran masyarakat kampung ketika itu tentang pentingnya pendidikan formal kepada anak-anak mereka.Berbekalkan semangat dan keazaman yang kuat,Allahyarham Abang Hj Bujang Bin Abang Alias seta tiga rakan beliau iaitu Allahyarham Mahanis Bin Arif,Allahyarham Mahadas Bin Arif dan Allahyarhamah Hajjah Pet Bt Teh telah menubuhkan sekolah ini.Mereka telah dibantu oleh Allhyarham Wan Mahdili Bin Syed Yaakub. Allahyarham Wan Mahdili Bin Syed Yaakub telah diamanahkan untuk mentadbir sekolah tersebut disamping mengajar.beliau merupakan guru tunggal dan guru besar yang pertama bertugas di sekolah ini.Sebuah jawatankuasa sekolah telah ditubuhkan bagi melicinkan lagi pentadbirannya.Jawatankuasa itu telah dianggotai oleh Allahyarham Abang Hj Bujang Bin Abang Alias sebagai pengerusi, Allahyarham Mahadas Bin Arif sebagai setiausaha dan Allahyarhamah Hajjah Pet Bt Teh sebagai bendahari.Ahli nya Allahyarham Mahanis Bin Arif,Allahyarham Saili Bin Samat dan Che Seman Bin Che Mat.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 20 orang murid.Mata pelajaran yang diajar ialah Pelajaran Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi.Pada sebelah malam nya pula diadakan kelas untuk orang dewasa.Setiap murid dikenakan yuran sebanyak RM1.00 seorang.Bagi penduduk kampung yang mempunyai 3 orang anak yang bersekolah maka seorang daripada mereka adalah percuma.Yuran tersebut diberi kepad guru sebagai saguhati.Setelah enam bulan digunakan sekolah tersebut roboh dipukul ribut.Walaubagaimanapun persekolahan diteruskan juga dengan menggunakan rumah Allahyarham Mahanis Bin Arif sebagai sekolah sementara.

Pada waktu itu juga,jawatankuasa yang dilantik telah berusaha untuk mendapatkan derma kewangan untuk membina sebuah bangunan sekolah yang baru.Setelah beberapa tahu berusaha,Pegawai daerah Simunjan ketika itu memberi kebenaran kepada jawatankuasa sekolah untuk mengutip derma hingga RM 3000.00(Surat Kebenaran:Ref:No572 inB-413/4),tetapi mereka hanya berjaya mengutip RM 300.00 sahaja.Dengan hasil wang derma tersebut,penduduk kampung telah berjaya secara gotong royong membina banguna sekolah yang baru.Sekolah tersebut telah diberi nama Sekolah Rakyat Sebangan.Pada 29 Ogos 1959 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan Haji Bujang Sebangan sebagai mengenang jasa Abang Hj Bujang Bin Abang Alias yang juga merupakan orang pertama yang meneroka Kampung Sebangan.

Pada tahun 1966,Majlis Daerah Hilir Sadong telah membina bangunan sekolah yang baru.Bangunan itu terdiri daripada 2 buah blok kelas dan 2 buah blok rumah guru.Banguan Baru itu dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud,Menteri Perdagangan dan Perusahaan Malaysia dalam tahun 1967.

Pada tahun 1984,Jabatan Pendidikan Sarawak telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM 300.000.00 untuk membina 2 buah blok bangunan yang terdiri daripada 8 buah kelas,sebuah blok tandas,sebuah blok rumah guru dan sebuah rumah guru kelas IV.Pembinaan bangunan sekolah telah dimulakan pada tahun 1986 dan mula digunakan pada tahun 1987.

Sekarang Sekolah Rendah Kerajaan Hj Bujang Sebangan mempunyai seramai 2010 orang murid,sebuah makmal komputer yang berharga RM 370,000.00 ,sebuah Prasekolah dan 20 orang tenaga pengajar,serta 4 orang staf sokongan.Sehingga hari ini SK HJ Bujang Sebangan tetap berdiri megah untuk menabur jasa kepada anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Sumber rujukan:-
Penduduk Sebangan ;Sapian Bin Mahadas,Julai Bin Bujang,Ismawi Bin Hj Bujang,Sahara Bin Hj Narawi,Hashimi Bin Sarbini.
Catatan GB SK Hj Bujang Sebangan En Ismail bin Salleh 1975-1988
Kaedah rujukan:Temubual dan catatan diari.
Dicatat semula oleh En Amir Zadah Lal Zadah, PK Pentadbiran SK Hj Bujang Sebangan

Tiba masanya bangkit semula....

Sabtu, 5 Mac 2011

Dahulu www.skhbs.edu.my.. kini kami akan muncul kembali dengan laman hosting yang percuma disebabkan tiada pembiayaan.. tunggu......

 

Jejak SKHBS

Pengikut

Sembang-sembang


ShoutMix chat widget
Copyright 2010 SK Hj Bujang Sebangan Simunjan. All rights reserved.
Themes by Ex Templates Blogger Templates - Home Recordings - Studio Rekaman